Sunday, 27 February 2011

Tugasan CTU151_Sejarah dan Kegiatan Surau Taman Berlian

TAJUK:
Sejarah dan Kegiatan Surau Taman Berlian ,Alor Star,Kedah

DISEDIAKAN OLEH:
Nur Asneda Binti Abdul Mutallid
No.Matrik:2010826204
Kumpulan:ASD2Cn

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abdul Aziz bin Harjin

PROGRAM:
Diploma Sains

TARIKH SERAH:
3 Mac 2011

ISI KANDUNGAN
TAJUK
ABSTRAK
PERANAN
PENDAHULUAN
HURAIAN
KEMUDAHAN
AKTIVITI
MASALAH
HARAPAN
PENUTUP

Tajuk
Sejarah dan Kegiatan Surau Taman Berlian


Abstrak

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat
Surau  merupakan satu aset penting dalam sejarah kebangkitan islam. Sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, surau terus berfungsi bagi sesebuah kawasan sebagaimana fungsi - fungsinya yang universal. Dalam era globalisasi ini, fungsi dan peranan surau di tuntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa. Tidak wajar surau yang dahulunya menjadi pusat pengembangan syiar Islam dikecilkan skopnya sebagai hanya sekadar rumah ibadat semata-mata.Surau juga mempunyai pelbagai fungsi dan dapat memdekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Rasulullah SAW memaksimumkan masjid bukan tujuan ibadah khususiah semata-mata bahkan hal-hal yang melibatkan pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial turut dilibatkan. Mujur sahaja Jumaat kita diwajibkan. Hari ini, malangnya masjid kita kosong dan surau kita kosong tak bertuan. Dari setinggi-tinggi pangkat sehingga yang paling rendah sekalipun. Malah persatuan-persatuan yang memperjuangkan suara-suara perpaduan pun tidak melihat masjid/surau sebagai institusi perpaduan. Masjid dan surau hanya jadi tempat cicak dan lipas bersanggama membiak keturunan. Yang sembahyang di pejabat, itulah sahaja tempat tonggang-tonggeknya, yang sembahyang di rumah, di rumah sahajalah tempat tonggang-tonggeknya langsung tiada sentuhan ukhuwah, langsung tiada berselisih bahu sujud dan rukuk kepada Tuhan yang satu. Itu belum lagi yang langsung memulau masjid dan surau, hanya bertemu pun, berselisih pun seminggu sekali sahaja.

Hubungan antara suarau dengan pendidikan dalam Islam amat sebati dan tidak boleh dipisahkan.Semenjak zaman permulaan Islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan bermula dari masjid dan surau. Semasa perkembangan keagungan Islam,bermula dari zaman Nabi Muhammad sam sehingga zaman khalifah Islamiah (Umaiyah-Usmaniah),telah banyak masjid dan surau telah didirikan bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat Islam di samping peranannya sebagai pusat ibadah,pentadbiran dan kemasyarakatan.Sistem pendidikan Islam telah menjadikan masjid dan surau sebagai pusat pendidikan yang utama.Contoh yang paling jelas ialah Universiti Al-Azhar iaitu unversiti tertua dalam sistem pendidikan Islan yang berasakan kepada pendidikan masjid dan surau.

Keadaan yang sama juga wujud di Asia Tenggara dimana masjid dan surau menjadi pusat utama dalam sistem pendidikan Islam bagi masyarakat Islam setempat.Di samping itu,pengajian pendidikan Islam juga berlaku di rumah tok guru di mana ibu bapa menghantar anak-anak mareka untuk mempelajari asas-asas Islam.Sistem ini semakin berkembang dan bilangan pelajar juga semakin bertambah.Keadaan ini menyebabkan masyarakat setempat mengambil usaha untuk mendirikan suarau yang berhampiran dengan rumah tok guru bagi memudahkan proses pengjaran dan pembelajaran berlangsung.surau-surau ini menjadi pusat pengajian agama serta ibadah masyarakatan.Maka,surau atau musolla yang saiznya lebih kecil daripada masjid mempunyai hubungan yang sangat penting dengan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia.

Pembengan dalam pendidikan Islam telah memberi kesedaran kepada keperluan pembinaan tempat bagi penduduk- penduduk menunaikan solat lima waktu.Hampir semua kawasan perumahan Islam di Malaysia terutama mempunyai penduduk Islam mempunyai surau mereka sendiri.Kemudahan surau ini membolehkan pelajar- pelajar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam di samping melaksanakan aktiviti- aktiviti keagamaan di kawasan perumahan tersebut.
                                                                                                                   

Peranan

Secara umumnya,surau adalah tempat ibadah yang lebih kecil daripada masjid dan tidak digunakan untuk sembahyang Jumaat dan ianya sering digunakan untuk belajar agama. Surau telah didefinisikan sebagai tempat melaksanakan ibadat sembahyang dan menjalankan aktiviti-aktiviti Islam untuk menanamkkan semangat mencintai agama dan menghayati ajaran Islam serta persaudaraan Islam di kalangan penduduk setempat.

Definisi surau telah dari segi yang lebih terperinci ialah “satu bangunan yang terpisah daripada bangunan lain dan terletak dalam sesebuah kawasan , digunakan untuk bersembahyang dan kegiatian yang berkaitan dengan agama Islam.Perbezaan dengan musollah pula adalah pada aspek pembinaan bangunan di mana musolla didefinisikan sebagai bilik sembahyang yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah. Definisi surau dalam kajian ini merangkumi juaga tempat senbahyang /musolla kerana surau dan musolla mempunyai fungsi atau peranan yang sama di sesebuah kawasan.Ciri utama yang membezakan suarau dan musolla ialah aspek pembinaannya.Surau dibina berasingan dari bangunan manakala musolla dibina secara bersambung dengan bangunan atau menjadi salah satu di bilik-bilik sesebuah bangunan.
Melalui kajian ini penyelidik hanya akan meninjau penilaian pelajar terhadap peranan dan fungsi surau bagi mempertingkatkan pembangunan sahsiah pelajar khususnya penduduk yang menetap di kawasan kediaman. Daripada rujukan awal yang telah dibuat oleh pengkaji, di dapati tidak terdapat kajian yang dibuat mengenai fungsi dan peranan surau di IPG. Kebanyakan kajian adalah menjurus kepada aktiviti pembangunan pendudukr di kawasan kediaman yang menekankan aktiviti kemasyarakatan, sukan dan riadah, sahsiah serta kepimpinan penduduk. Dari segi prinsipnya, surau bukan sahaja merupakan tempat yang disediakan untuk pelajar sebagai kemudahan beribadat, malahan ia mengjangkui peranan yang lebih besar yang sepatutnya dimainkan oleh masyarakat setempat.
Proses pendidikan berlaku secara menyeluruh dan bersepadu, maka kedudukan surau di IPG seharusnya diletakkan statusnya setaraf dengan Unit atau Jabatan. Ini membuktikan bahawa pembangunan pembelajaran tidak hanya berlangsung di dalam bilik kuliah sahaja tetapi boleh diteruskan di surau. Justeru, sudah sewajarnya aktiviti dan program di IPG melibatkan surau, sekaligus menjadi pelengkap kepada pendidikan formal di IPG. Ini secara tidak lansung akan menjayakan sistem pendidikan yang bersepadu di IPG. Bagi melaksanakan fungsi dan peranan ini, kemudahan di surau hendaklah ditingkatkan dengan lebih terancang dengan menempatkan jawatan khusus bagi pembangunan sahsiah peduduk di kalangan warga setempat.


Pendahuluan

Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan pada sebulan yang lalu kepada saya oleh Pensyarah CTU saya iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Harjin.Saya telah memilih untuk membuat tugasan tersebut  berkenaan dengan Sejarah dan Kegiatan Surau Taman Berlian yang terletak di taman  kediaman saya.

Pada 3 Februari 2011 saya telah membuat tinjauan di Surau Taman Berlian.Pelbagai maklumat yang telah saya perolehi melalui tinjauan tersebut.Saya telah menemu ramah pengerusi surau untuk mendapatkan pelbagai maklumat untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya memilih surau tersebut kerana surau berikut berdekatan dengan rumah kediaman saya.Malah,surau ini sering menjadi kunjungan penduduk taman dan pelbagai aktiviti yang dijalankan di surau tersebut terutama pada hujung minggu serta aktiviti yang berkaitan dengan Islam.


Huraian

Surau Taman Berlian ditubuhkan pada tahun 1985.Surau ini didirikan di lorong tengah setelah Taman Berlian siap dibina.Namun,lokasi surau telah berubah ke lorong belakang pada tahun 2005.Sebelum surau ini berpindah lokasi,kehadiran penduduk ke surau amat kurang.Selepas berpindah lokasi,suasana surau dan kehadiran para jemaah amat memberangsangkan dan meningkat dengan mendadak.Surau taman ini juga telah mendapat banyak sumbangan dari segi kewangan untuk memperbesarkan dan memberi keselesaan kepada para jemaah.Sumbangan tersebut diperoleh dari pelbagai pihak. Lokasi surau ini sangat strategik kerana 100% penduduk Taman Berlian adalah Islam.

Kemudahan

Antara keselasaan yang ada di Surau Taman Berlian adalah ruangan jemaah lelaki dan wanita disediakan penghawa dingin,kawasan makan untuk jamuan makan,kawasan masak untuk aktiviti kenduri-kendara,pembesar suara untuk penceramah bebas memberi ceramah dan untuk melaungkan azan,kawasan letak kereta yang bersih dan lain-lain.

Aktviti

Di surau ini juga melaungkan azan pada setiap lima waktu oleh bilal yang dilantik oleh AJK surau taman.Dengan ini,penduduk taman dapat mengetahui tentang masuknya setiap waktu solat.Oleh itu,penduduk tidak perlu risau dan ragu tentang masuknya waktu solat.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di surau ini.Antaranya,solat jemaah pada waktu Subuh,Maghrib dan Isya’.Kebiasaannya solat ini dikendalikan secara bergilir-gilir oleh 2 orang iman.Kehadiran para jemaah sangat menggalakkan terutama pada solat Maghrib hari khamis malam Jumaat.Hal ini kerana,upacara bacaan Yassin diadakan dan diteruskan dengan ceramah agama yang dijalankan selepas solat Isya’.Selalunya,ceramah diberikan oleh panceramah bebas yang dijemput khas.

CARTA ORGANISASI SURAU TAMAN BERLIAN

Pengerusi surau : Muhammad Ali bin Abdullah
Imam surau : Marzuki bin Zulkifli
                    : Muhammad Noor bin Nordin
Bendahari : Jabir bin Ahmad

Aktiviti surau yang seterusnya ialah kelas fardu ain dan tilawah.Selalunya,kelas fardhu ain dan tilawah dilakukan pada hari Jumaat pagi selepas solat Subuh hingga pukul 8 pagi.Kelas fardhu aiin dan tilawah tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk taman.Iman surau telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar di kelas fardhu ain dan tilawah tersebut.Kelas fardhu ain dan tilawah tersebut boleh dihadiri oleh pelbagai peringkat umur.

Aktiviti seterusnya ialah Sambutan Maulidur Rasul.Pada Maulidur Rasul yang lalu,seorang penceramah bebas telah dijemput untuk memberi ceramah berkenaan Maulidur Rasul kepada penduduk taman.Acara tersebut telah dijalankan di surau taman selepas solat Isya’.Penduduk Taman Berlian Bergotong-royong menyiapkan persediaan untuk menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.Majlis tersebut diadakan bermula dari selepas waktu solat Asar hingga solat Isya’.

gotong - royong sedmpena Maulidur Rasul
pemceramah yang dijemput khas semperna Maulidur Rasul

Sambutan Awal Muharram adalah antara aktiviti yang dijalankan di surau.Acara membuat bubur asyura telah dijalankan di surau sempena Awal Muharram dan upacara tersebut menjadi upacara tahunan yang wajib dilakukan..Acara tersebut dijalankan secara bergotong-royong dan bubur asyura diedarkan kepada semua rumah di taman tersebut.





Gotong- royong membuat bubur Asyura

Aktiviti seterusnya ialah Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Raya Kordan.Pada Hari Raya Aidilfitri,jamuaan telah diadakan.Tujuan mengadakan jamuaan tersebut adalah untuk mengumpulkan semua penduduk.Ini dapat mendekatkan dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim para penduduk yang jarang bertemu.Pada malam Hari Raya Aidilfitri,pihak surau membuat acara takbir dari rumah ke rumah.Dengan ini,suasana Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai.Pada Hari Raya Korban,upacara menyembelih lembu telah diadakan selepas solat sunat  Aidiladha.Daging-daging yang telah siap di proses,diedarkan kepada setiap rumah di taman tersebut.

Pada bulan Ramadhan,solat sunat Tarawih telah diadakan pada setiap malam.Pada awal bulan Ramadhan kehadiran para jemaah sangat menggalakkan.Namun,kehadiran para jemaah semakin berkurangan pada minggu ke-tiga pada bulan Ramadhan.

Selain itu,surau ini juga mengadakan kursus pengurusan jenazah pada bulan Januari.Aktiviti ini baru sahaja dijalankan pada tahun ini.Kursus ini dijalankan untuk mendedahkan kepada penduduk taman tentang pengurusan jenazah dan cara-cara menendalikan jenazah.Dengan ini dapat memberi keinsafan kepada penduduk terutama golongan belia.

Aktiviti lain yang dijalankan di surau ialah Majlis Pertunangan.Buat kali pertamanya,Majlis Pertunangan dilakukan di surau pada 11 Disember 2010.Pada majlis tersebut,pihak surau telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan majlis tersebut.

Tambahan pula,surau Taman Berlian menjalankan upacara membaca doa pembuka dan penutup tahun bagi tahun Islam.Acara ini menjadi upacara tahunan dan upacara ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Doa penutup tahun selalunya dilakukan pada selepas waktu solat Asar dan doa pembuka tahun dibaca pada sebelum solat Magrib.Dalam acara tersebut juga penceramah bebas dijemput untuk memberi ceramah berkenaan dengan doa penutup dan doa pembuka tahun.

Surau Taman Berlian juga menjadi tempat penduduk taman berkumpul membuat mesyuarat berkenaan dengan keselamatan taman.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di surau Taman Berlian ialah Majlis Kesyukuran,Majlis Tahlil,Majlis Cukur Jambul, dan lain-lain.

MASALAH YANG DI HADAPI

Surau lama dirobohkan disebabkan untuk membuat jalan untuk menembusi taman yang baru yang dibina pada tahun 2007(Taman Kancil).Menurut pengerusi surau Taman Berlian,selepas surau tersebut dirodohkan,pihak Taman Kancil enggan membina surau baru untuk penduduk Taman Berlian.Ini menimbulkan perasaan tidak puas antara penduduk Taman Berlian dengan pihak Taman Kancil.Masalah tersebut telah dibawa ke pihak mahkamah.Selepas perbicaraan di mahkamah,dengan restu dari Allah S.W.T,pihak Taman Berlian memenangi kes tersebut.Pihak Taman Kancil perlu membina sebuah surau untuk penduduk Taman Berlian.

HARAPAN

Harapan saya selepas membuat tinjauan di Surau Taman Berlian agar surau tersebut dapat menjalankan mempelbagaikan aktiviti yang dapat menarik perhatian penduduk terutama dari golongan belia.Tambahan pula,saya berharap agar surau tersebut sentiasa menjadi kunjungan penduduk dan diri saya sendiri serta kejadian sebelum surau berpindah lokasi tidak berulang kembali.Dengan segala aktiviti yang dijalankan oleh surau,penduduk setempat akan kerap hadir ke surau dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang mulia serta dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.Saya juga berharap agar golongan belia dapat belajar untuk mnguruskan surau Taman Berlian agar surau tersebut tidak terkubur kelak.

PENUTUP


Kesimpulannya,Surau Taman Berlian ini memberi banyak kebaikan kepada para penduduk taman.Tambahan pula,aktivit-aktiviti yang dijalankan juga menarik.Terbinanya surau ini di taman tersebut memudahkan lagi penduduk menunaikan solat secara berjemaah sreta memberi keselesaan dengan kawasannya yang luas dan bersih.Selain itu,dengan aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan silaturarhim antara para jemaah.Pendek kata,surau ini amat berguna kepada penduduk taman yang beragama Islam.